Jumaat, 27 Januari 2012

sinar lantera itu........

nie pon cta bonda aq yg tersyg wat gak.....bca jgn x bca




 by : ROZIYAHTOL HALIYAH BINTI ISMAIL (RHI)
 ...................................................................................................................................................................

“Cikgu jahat, cikgu gila” .
“Saya benci cikgu”.
“Benci,benci,benci..”
“Saya tak suka cikgu”
“Tak baik cakap cikgu macam tu, berdosa tau” kata Aniq yang duduk tidak jauh dari situ.
“Betul cakap Aniq tu “ kata seorang rakan di sebelahnya.
“Aku cakap pada cikgu M” sambung kawan Aniq lagi.
 Cikgu R  yang duduk berhadapan dengan Siti  tergamam. Namun, dia tetap tenang. Siti memandang wajah cikgunya itu.  Tidak sepatah perkataan pun keluar dari mulut Siti. Dia yang sedari tadi tekun membaca  terus diam. Entah apa yang difikirkan Siti,  Cikgu R sendiri tidak pasti . Namun pada riak diwajahnya, Cikgu R tahu Siti juga cuba membela nasibnya  sebagaimana rakan-rakannya yang lain. Tapi barangkali Siti tidak mampu, jadi dia hanya diam. Cikgu R memandang muka Siti sambil memberi isyarat agar Siti meneruskan aktiviti bacaannya itu.
 Murid-murid  lain masih  bertekak sesama sendiri atas apa yang terjadi, namun suasana  masih terkawal. Sambil meneruskan aktiviti yang telah diberi, mereka terus membela nasib Cikgu R yang dikatakan jahat dan gila itu. Lain pula  dengan cikgu R. Detik itu, tidak  sepatah perkataan pun  keluar dari mulutnya..Dia hanya diam. Namun itu tidak bermakna   dia kalah. Baginya, itulah sahaja tindakan sementara  yang boleh dilakukan untuk mengelak diri daripada dilontarkan kata-kata yang tidak  enak didengar dek cuping telinganya. Tindakan berdiam dirinya itu mungkin mampu menangani masalah yang dihadapinya bila berhadapan dengan murid tersebut.Lagipun,dia sudah tidak kuasa melayan kerenah murid yang dikenalinya lima bulan yang lalu. Hatinya kerap terguris bila berhadapan dengan murid tersebut. Dia selalu mencari  di mana silapnya. Apa kesalahannya sehingga muridnya itu sering mengeluarkan kata-kata kesat  yang kadang-kadang merembeskan air matanya dek mengenagkan peristiwa begitu.
“Jahatkah aku?”
“Gilakah aku?”
 Kalau betullah aku ni jahat, kenapa selama  tujuh belas tahun aku bergelar guru belum pernah seorang murid pun mengeluarkan kenyataan begitu? Pelbagai persoalan timbul dibenaknya. Dia jadi bingung. Begitulah sukarnya kita  menilai diri sendiri.Betullah kata orang, menilai diri sendiri lebih sukar daripada menilai orang lain.
Gilakah aku jika segala tindakan yang aku lakukan terhadappnya hanya untuk kebaikannya semata-mata? Dia cuba mencari dirinya yang sebenar. Mungkin selama ini dia tidak  menyedari akan kelemahan diri yang disedari pula oleh orang lain?.Betul-betul boleh jadi gila jika terus-terusan dia memikirkannya. Takut pun ada bila dia menyedari akan fakta yang menyerbut, individu yang paling ramai mengalami masalah mental adalah golongan guru. Nauzubillah! Dia bukan tidak marah. Bukan juga  tidak geram malah jika diikutkan hati dia  juga boleh bertindak di luar jangkaan, namun tahap kesabarannya masih berjaya dipertahankan.
“Kalaulah anak sendiri sudah lama budak ni makan penampar aku” rungut hati kecilnya.
Memikirkan kata-kata itu keluar dari mulut anak didiknya, dia masih mampu menahan sabar. Bukan sekali malah berulang kali Fika melontarkan kata-kata yang amat menguris perasaan cikgu R. Sepanjang kariernya sebagai seorang pendidik, baru kali ini dia berasa amat berkecil hati . Sungguh berkecil hati. Dia akur, pengalaman hampir tujuh belas tahun berkecimpung dalam bidang ini bukanlah lesen yang terbaik buat didrinya dalam menghadapi masalah sebegini. Dia perlu lebih banyak belajar, apa lagi bagi mengatasi masalah sedemikian rupa.
 Mengajar tahun enam lain, tahun satu juga lain tapi bila berhadapan dengan murid-murid lembam lagi berbeza. Dua tahun pengalaman  berhadapan dengan murid-murid begini adalah terlalu mentah untuknya menerokai dunia mereka. Namun itulah keputusan yang dipilihnya dua tahun yang lalu hanya semata-mata ingin membantu mereka sekadar yang termampu. Dia tidak punya kemahiran , apa lagi pengalaman dalam bidang berkenaan, namun dia merasakan tidak menjadi satu kesalahan jika dia mencuba.  Niatnya yang tulus itu disokong oleh  Guru Besar sekolahnya. Mulai detik itu, dia berhadapan dengan pelbagai kemahiran murid. Kerenah mereka kadang-kadang melucukan dan kadang-kadang menyakitkan hati.
 Dan selama hampir dua tahun  itu  baru kali ini  dia berhadapan dengan  murid seperti Fika. Fika berani, petah berkata-kata tetapi sayangnya dia cepat membantah bila disuruh belajar. Ada sahaja alasannya jika disuruh belajar. Begitulah.. beginilah..,  kesudahannya  dia akan melontarkan kata-kata kesat sebagai habuan kepada orang yang menegurnya.  Untuk belajar, Fika kurang berminat.Tingkah laku dan gerak-gerinya kadang-kadang menimbulkan tanda tanya. Jika di pandang dari segi fizikalnya, cikgu R akui Fika mempunyai kekurangan berbanding kawan-kawannya yang lain. Mungkin dia berasa akan kekurangan diri sehingga dia bertindak begitu? Atau mungkin juga dia perlukan perhatian dan sengaja berbuat begitu? Pelbagai andaian dibuat oleh cikgu R untuk mencari di mana silapnya dia sehingga Fika bertindak sedemikian. 
“Cikgu… bagilah saya yang senang-senang, baru saya  buat” kata Fika satu hari.
“Kalau yang senang-senang, awak dah tahu, sudah pandai, baik belajar yang baru supaya awak  nanti lebih pandai daripada orang lain” cikgu R cuba memujuk.
“Tak suka,tak suka, saya benci cikgu” kata-kata sebegitu telah lama menjadi halwa telinga dan sajian  istimewa untuk cikgu R semenjak hadirnya Fika sebagai salah seorang anak didiknya. Cikgu R adalah mangsanya. Cikgu R cuba memahami jiwa anak muridnya itu. Dia selalu berharap dan berdoa agar sikap Fika berubah.
Pada masa yang sama , dia terus mencari kelemahan diri demi mengatasi masalah yang dihadapi.Teringat dia waktu mula-mula Fika memasuki kelasnya dahulu. Matanya yang juling sebelah menyebabkan Cikgu R tidak tahu arah pandangan Fika yang sebenar. Namun, setelah beberapa lama mengenali Fika, cikgu R telah dapat menangani masalah tersebut. Padanya , bukan kerana kekurangannya itu, Fika bersikap begitu. Keyakinan Fika tinggi bila bercakap apa lagi bila berhadapan dengan guru-gurunya. Malah dia lebih berani jika dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain. Cikgu R benar-benar buntu memikirkan Fika. Agaknya dia tak suka aku . itulah sebabnya dia bercakap yang bukan-bukan kepadaku. Cikgu R cuba membuat andaian.
Disebabkan kekurangannya itu, kawan-kawannya suka mengejek. Tapi, cikgu R tahu, bukan kerana ejekan itu Fika bertindak begitu,. Pasti ada sebab lain. Cikgu R yakin, Fika tidak pernah berasa rendah diri dengan kekurangan yang ada padanya. 
Bagi Fika, jika diminta melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran, itu merupakan satu hukuman untuknya. Dia cepat membantah. Cepat naik angin.Cikgu R pernah memujuknya beberapa kali agar belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya. Bila besar nanti boleh membela nasib ibu dan bapanya. Rasanya Fika tidak pernah faham apa yang diucapkan oleh cikgu R..Baginya, jika sepanjang masa dia boleh bebas bermain, membuat perkara yang dia suka, dia tidak akan memberontak dan memarahi cikgunya itu.Menghadapi murid-murid lembam begitu, sukar bagi cikgu R mentafsir jiwa mereka. Cikgu R jadi lebih bingung bila berhadapan dengan murid seperti Fika.
Cikgu R selalu berbincang dengan guru kelas mahupun guru yang mengajar Fika, namun tiada jalan penyelesaian. Pernah juga meminta waris Fika berjumpa dengan doktor bagi memastikan kalau-kalau Fika mempunyai masalah pembelajaran yang lebih serius. Namun amat mengecewakan bila waris Fika enggan berbuat demikian. Biarpun begitu, Fika terus diasuh oleh cikgu R tanpa rasa jemu.Pengalaman mengajar murid yang tidak mengenal huruf sehingga boleh membaca dengan lancar sebelum ini, memberi semangat baru kepada cikgu R. Cikgu R masih lagi ingat beberapa orang murid yang memasuki kelasnya sebelum ini. Mereka bermula dari tidak tahu membaca, namun akhirnya dapat menguasai bacaan dengan baik. Shafiq, Adib,Aiman dan ramai lagi telah dapat menguasai bacaan dengan baik. Mereka juga asalnya daripada murid yang lembam , tetapi kini sudah boleh berdiri sebaris dengan murid-murid lain.
Namun yang membimbangkan cikgu R, Fika berbeza daripada mereka semua. Fika tidak mahu belajar, suka menidakkan apa yang dicakapkan olehnya. Cikgu R tahu Fika budak baik, buktinya dia mudah disuruh. Mengemas, menyapu, menyusun buku dan membuat kerja-kerja selain belajar, dia cukup rajin, prihatin dan cekap. Kalau menyapu, bersih sungguh. Kelebihan Fika disitu. Jika dia melakukan kerja begitu, dia amat bersungguh-sungguh. Malangnya bila disuruh belajar, dia endah tak endah.
Pelbagai cara diusahakan oleh cikgu R untuk mengatasi masalah Fika. Diejek, dimaki, disumpah, dia tidak pernah peduli, biarpun hatinya terluka.Hairannya, bila Fika menghadapi masalah i cikgu R lah yang dicarinya dahulu.
“Cikgu, saya ada masalah besar ni, emak saya belum datang ambil saya lagi”
Kata Fika satu hari bila ibunya terlewat mengambilnya dari sekolah.Cikgu R dengan bantuan guru kelas Fika cuba menghubungi ibu Fika.  Memang pada hari itu, ibunya terlewat kerana motosikal yang biasa digunakan untuk mengambilnya rosak. Dari peristiwa itu, cikgu R tahu, Fika  sebenarnya perlukan perhatian lebih darinya. Dia akan cuba sedaya upaya menarik perhatian Fika untuk tekun belajar. Sikapnya yang berdiam diri jika dihambur dengan kata-kata yang tidak enak didengar, sedikit sebanyak telah menampakkan hasil.
 Dari masa ke semasa sudah nampak ada sedikit  perubahan pada diri Fika. Biarpun minatnya untuk belajar masih kurang memuaskan ,namun perubahan yang ditunjukkan melegakan cikgu R. Dia yakin dan percaya satu hari nanti Fika juga boleh berada sebaris dengan Shafiq,Adib dan ramai lagi murid kelas lembam yang dapat menguasai bacaan dengan baik atau siapa tahu masa hadapannya jauh lebih cemerlang kerana semuanya itu bukanlah mustahil. Biarpun kejayaan mereka jarang dihargai dan dicemburui oleh murid yang “bijak” namun bagi cikgu R setiap kejayaan muridnya itu, itulah kejayaannya dalam mengemudi “Kelas Pemulihan Khas” yang dinamakannya  “Kelas Lantera” .  Betul kata Loa Tze, ‘Sekiranya tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah’. Besarlah harapan dan keyakinannya bahawa  suatu hari nanti  sinar lantera kan  menerangi hati seorang  insan yang bernama Fika.
“Cikgu, tak pergi makan?.’
            Terkejut cikgu R dari lamunan. Tercegat Nurshahirah Shafikah di hadapan pintu biliknya. Belum sempat cikgu R mejawab pertanyaan tersebut,  dia terus melontarkan kata-kata yang meruntun hati seorang insan yang bernama cikgu R.
“Cikgu..,  mak saya selalu cakap, kalau tak makan..,nanti perut kita  masuk angin.”
Cikgu R hanya mampu mengangguk sambil Fika berlalu dari situ..Sesungguhnya hati Cikgu R berbunga  dan bercahaya umpama lantera yang kian bersinar.

Dedikasi buat muridku, Shafika. Cikgu sayang kamu!


IRFAN BERKATA : sayangilah cikgu kamu


idop kna action





Tiada ulasan:

Catat Ulasan