Sabtu, 28 Januari 2012

ajaib......bayi dilahirkan tanpa darah

MAIDSTONE,UK : Bagaikan satu keajaiban, seorang bayi yang mengejutkan dunia sains perubatan kerana dilahirkan tanpa darah dalam tubuh badannya, didapati sihat seperti bayi normal yang lain.


OLIVER MORGAN ketika dilahirkan,doktor tidak dapat mencari denyutan nadi dan jantungnya selama hampir 25 minit apabila tubuh badannya berada dalam keadaan pucat serta tidak bernyawa.


Bagaimanapun OLIVER dapat diselamatkan dari sebarang ancaman apabila doktor memberikan oksigen
tambahan serta memasukkan darah kedalam tubuhnya.


Setelah puas berusaha, akhirnya nadi dan degupan jantung OLIVER dapat didengar sekaligus memberikan perasaan lega kepada doktor yang menyambut kelahirannya.


KATY, 36, ibu kepada OLIVER menyifatkan kejadian itu merupakan perkara paling tragis berlaku dalam hidupnya hinggakan dia tidak dapat memberitahu cerita sebenar kepada anaknya itu hingga kini.


"dia lahir tapi(mati),tetapi sekarang dia mampu duduk dan tersenyum kepada saya,"kata KATY.


OLIVER kini berusia 15 bulan hidup bahagia dan kesihatannya dan berada dalam keaadaan baik.


Sewaktu mangandungkan OLIVER, KATY mengalami tumpah darah pada minggu 37 kehamilannya dan dia terus dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone.


Akibat dari komplikasi itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan OLIVER.


Bagaimanapun, para doktor terkejut apabila mendapati OLIVER tidak bernyawa dan terpaksa dibawa keunit  penjagaan khas bayi dimana doktor memutuskan untuk menurunkan suhu badannya bagi mengelakkan otaknya rosak.


....................................................................................................................................................................


mcmtula cita dia,,huh naseb bek hidup lgi kan.........mcmmanapon kita kna bersyukur krana kita lahir dengan selamat...


IRFAN BERKATA : bersyukur sbb mseh hidop


idop kna action

Tiada ulasan:

Catat Ulasan